25 March 2009
Read article: Solat Jumaat Tak Cukup 40 Orang???
Petikan al-Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman jika dilaungkan azan memanggil kamu untuk bersolat Jumaat, maka bersegeralah untuk menunaikannya dan tinggalkan jual-beli”
(Surah al-Jum’ah (62), ayat 9).
Petikan al-Sunnah:
Rasulullah S.A.W. dan juga para sahabat tidak pernah menunaikan solat Jumaat secara berseorangan, tambah mereka lagi, perkataan Jumuah (Jumaat) bagi hari Jumaat sendiri terbit dari perkataan “Jamaah” (nama asal hari Jumaat sewaktu Jahiliyyah ialah ‘Arubah dan kemudian ditukar kepada Jumaat setelah diwajibkan solat Jumaat: Lihat: al-San’aani, Subul al-Salaam. Kaherah: Maktabah al-Imaan, j. 2, hal. 78) kerana pada hari itulah umat Islam diwajibkan berkumpul untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat menggantikan solat fardhu Zohor.
Hadis Dhaif / Hadis Lemah:
hadis riwayat Jabir Bin Abdullah: (maksudnya):
“Dan pada setiap 40 orang ke atas diharuskan solat Jumaat”. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Daraqutni (Lihat, al-Daraqutni, Sunan al-Daraqutni. J. 1, hal. 164) dan al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra. J. 3, hal. 177) .
Hadis ini dikategorikan sebagai dhaif kerana ianya diriwayatkan melalui seorang perawi yang bernama Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Perawi tersebut telah disepakati kedhaifannya oleh para ulama hadis kerana dituduh sebagai seorang penipu dan juga memalsukan hadis. (Lihat: Hasyim, al-Fiqh al-Muqaran. Baghdad: Universiti Baghdad, j. 1, hal. 131).
hadis: (maksudnya):
“Solat Jumaat wajib ke atas 50 orang lelaki, jika kurang dari 50, maka tidak wajib solat Jumaat”. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Daraqutni, lihat: Sunan al-Daraqutni. J. 1, hal. 164, dan juga al-Tabrani, lihat: al-Haithami, Majma’ al-Zawaid. J. 2, hal. 176).
Hadis ini pun telah dikategorikan dhaif oleh para ulama hadis kerana terdapat seorang perawi bernama Jaafar bin al-Zubair yang mana hadis-hadis yang diriwayatkan oleh beliau tidak diterima oleh para ulama hadis. (Lihat: al-Haithami, ibid.)
Hadis Syiah Imamiyyah: (maksudnya):
Umat Islam hanya boleh menunaikan solat Jumaat jika bilangan jamaah mencukupi lima orang. Jika bilangan mereka kurang dari lima orang, maka tidak wajib bagi mereka solat Jumaat. Sesetengah mereka pula mengatakan tujuh orang. (al-Qummi, Man Laa Yahduruhu al-Faqih.j. 1, hal. 130)
Mereka berdalilkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para imam-imam terkemuka Syiah yang didakwa sebagai maksum dan hujah kedua selepas al-Quran. Berhubung dengan hadis-hadis tersebut, Ahli Sunnah Wal Jamaah bersepakat untuk tidak menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh golongan Syiah kerana kebanyakan hadis-hadis tersebut tidak mempunyai sanad yang diperakui oleh majoriti ulama kaum muslimin.
hadis riwayat Umm Abdullah al-Dawsiyyah: (maksudnya):
“Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap penduduk sesuatu kampung, jika mereka mempunyai tiga orang sebagai makmum dan yang keempatnya sebagai imam”
(Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Daraqutni dari pelbagai sanad yang kesemuanya kembali kepada seorang perawi yang bernama al-Zuhri. Kesemua perawi yang meriwayatkan daripada al-Zuhri tidak boleh diterima hadisnya. Lihat: Hasyim Jamil, ibid.). Maknanya dalil mereka adalah lemah dan tidak boleh dibawa berhujah.
Read Article: Solat Jumaat Tak Cukup 40 Orang???
by: Maszlee Malik
Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, menunaikan solat Jumaat bukanlah suatu kepayahan. Pergilah ke mana sahaja di Malaysia, kecuali ke pendalaman hutan Borneo pasti kita akan terdengarkan laungan azan pada hari Jumaat dan juga suara khatib sedang membaca teks khutbahnya yang menggantukkan. Itulah nikmat menjadi rakyat Malaysia yang masih lagi didominasi oleh majoriti umat Islam.
bacalah seterusnya.... FMMD (Reisende): Solat Jumaat Tak Cukup 40 Orang???
labels:
hadis dhaif / hadis lemah,
ibadah,
jumaat,
Maszlee Malik,
solat,
solat jumaat
Subscribe to:
Comments (Atom)
