20 May 2009

Read Article: Tawassul & Paderi


Petikan al-Quran:

Allah Azza waJalla berfirman, (maksudnya):

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa MELAINKAN Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)."
(Surah ‘Ali Imran (3), ayat 135).

Allah Azza waJalla berfirman, (maksudnya):

"Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."
(Surah as-Syura (42), ayat 25).

Allah Azza waJalla berfirman, (maksudnya):

"Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia (Allah) menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."
(Surah ‘Ali Imran (3), ayat 128).

Firman Allah Ta’ala, (maksudnya):

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah MELAMPAUI BATAS terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah az-Zumar (39), ayat 53).

Petikan al-Sunnah:

Sabda Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam:

“Seandainya kalian berbuat salah sehingga (kesalahan tersebut) mencapai langit, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan menerima taubat kalian.”
(HR Ahmad dan Ibnu Majah dengan isnad hasan, lihat Sunan Ibnu Majah – no: 4248).


Read Article: Tawassul & Paderi
by: Kapten Hafiz Firdauz Abdullah

Apakah bezanya diantara tawassul dan kuasa seorang padri mengampun dosa? Wassalam.
Abdullah K C

Jawapan HF:
Assalamualaikum waRahmatullah,

Jika yang dimaksudkan ialah beristighfar dan bertaubat kepada seseorang manusia, tidak kira apa maqamnya, dengan fahaman bahawa dia mampu mengampunkan dosa kita, maka ia bukanlah merupakan konsep Islam. Mengampunkan dosa samada kecil atau besar ialah hak Allah Subhanahu waTa’ala sahaja, manusia tidak memiliki kuasa memberi ampun.

bacalah seterusnya.... HafizFirdaus.com: Tawassul dan Paderi

Read Article: Keperluan Fikah Interaksi Dengan Bukan Muslim


Petikan al-Quran:

Allah menyebut dalam surah al-Mumtahanah (60), ayat 8-9, (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Baqarah (2), ayat 272, (maksudnya):

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan-Nya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Petikan al-Sunnah:

dalam hadis disebut:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w. satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang Yahudi.” Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Read Article: Keperluan Fikah Interaksi Dengan Bukan Muslim
by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

SAYA rasa amat berat apabila mendapat banyak jemputan untuk menghadiri seminar dan perbincangan isu-isu murtad. Walaupun pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri, namun saya selalu berkhayal satu seminar besar dibuat tentang orang ramai menganut Islam.

Dalam politik pilihan raya, pelbagai akhbar parti akan menyiarkan cerita ahli-ahli parti lawan keluar parti. Sama ada benar atau tidak, itu merupakan perang psikologi yang akan melemahkan jentera parti musuh dan semangat pengundi.

Demikianlah juga tentang isu murtad, jika kita asyik membicarakan tentang orang keluar agama kita, lemahlah semangat para pendakwah ikhlas yang sedikit itu, dan patahlah hasrat bukan Muslim yang ingin mendekati agama ini.

bacalah seterusnya.... Minda Tajdid: Keperluan Fikah Interaksi Dengan Bukan Muslim

04 May 2009

Kuliah: Doa Nabi S.A.W. (1)

Doa Nabi S.A.W.

(maksudnya):

Ya Allah,
Aku pohon daripadaMu perbuatan-perbuatan yang baik,
Pohon daripadaMu agar dapat meninggalkan perbuatan mungkar,
Dan cintakan orang-orang miskin,
Agar Engkau ampuni daku dan Engkau kasihan kepada ku,

Jika Engkau ingin mengenakan kepada suatu kaum fitnah,
Matikanlah aku dalam keadaan tidak difitnah,

Aku memohon daripadaMu cintaMu,
Dan cinta orang yang mencintaiMu,
Dan cintakan amal yang boleh menyampaikan aku kepada cinta kepadaMu.

Baginda S.A.W. bersabda:

Belajarlah doa ini,
Kajilah dia,
Sesungguhnya ini semua benar.

(Riwayat Imam Ahmad / Riwayat al-Imam al-Tirmidzi).

Keterangan tambahan / maksud:

-perbuatan-perbuatan yang baik (perbuatan yang baik-baik),
-agar dapat meninggalkan (agar dijauhkan),
-ingin (hendak),
- fitnah (gangguan, kerosakan, cubaan terhadap agama ini),
-tidak difitnah (tidak terkena fitnah yang merosakkan agama itu),
-cinta orang yang mencintaiMu (cinta / kasih sayang daripada orang-orang soleh, orang-orang yang hatinya dekat dengan Allah, orang-orang yang selalu ingat Allah).

source:
MPJ-04-06 - Bab 1 -- Doa Rasulullah S.A.W. - @ 1.10min.
http://www.youtube.com/watch?v=o3cx7ZFHK_s&feature=related

Nabi S.A.W. dalam hayatnya mengajar kita doa yang terlalu banyak,

Kata ‘Aisya r.a:

Baginda S.A.W., rasa kagum (suka) doa yang dapat menghimpunkan banyak makna (pendek tapi maknanya besar).
(Riwayat Abu Daud).

source:
MPJ-04-06 - Bab 1 -- Doa Rasulullah S.A.W. - @ 6.01min.
http://www.youtube.com/watch?v=o3cx7ZFHK_s&feature=related

lihat video / hadiri kuliah:

Read Article: Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan


Petikan al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya):

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui."
(Surah Yunus (10), ayat 62-65).

Petikan al-Sunnah:

Rasulullah s.a.w menyebut:

“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Read Article: Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.

Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.

bacalah seterusnya....Minda Tajdid: Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan