26 April 2009

Read Article: Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu


Petikan al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya) :

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk." (surah al-An’am (6), ayat 116-117).

Allah sebut: (maksudnya):

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kemunkaran. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (Surah al-Hajj (22), ayat 41).


Read Article: Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Demokrasi itu hampir menjadi agama kepada sesetengah pihak. Bahkan ada pihak yang meletakkan demokrasi lebih tinggi daripada prinsip-prinsip yang ada dalam agamanya. Sehingga jika kita menyebut bahawa tindakannya itu bercanggah dengan prinsip agama, dia akan menyatakan "saya kena patuh kepada kehendak demokrasi".

Walaupun sebenarnya demokrasi dalam banyak keadaan mempunyai tafsiran yang berbagai, tetapi jika semuanya itu dirumuskan ia merujuk kepada kepatuhan pemerintah kepada kuasa atau suara majoriti rakyat. Di samping demokrasi juga menyebut tentang menghormati hak-hak minoriti.

bacalah seterusnya....Minda Tajdid: Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu

21 April 2009

Read Article: Antara kehendak kerohanian dan tarekat


Petikan al-Sunnah:

Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid`ah, sabdanya: (maksudnya):

“Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah di dalam neraka”
(sahih: riwayat Abu Daud).


Read Article: Antara kehendak kerohanian dan tarekat
by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Apabila masyarakat manusia menjadi berselerak, kelam kabut, porak peranda, kekontangan jiwa, keruntuhan nilai akhlak dan budi, sedangkan penyelesaian yang memuaskan tidak dapat ditemui, ketika seperti itu kita akan melihat bagaimana sebahagian manusia akan mula mencari agama sebagai jalan keluar.

Jika pun tidak untuk merungkaikan masalah itu secara keseluruhan, sekurang-kurangnya untuk menyelesaikan keresahan atau keserabutan yang ada dalam jiwa seseorang. Tidak mustahil di peringkat yang seperti ini, ajaran-ajaran kerohanian yang menawarkan 'kempen-kempen ajaib' akan mendapat perhatian sesetengah golongan.

bacalah selanjutnya...Minda Tajdid: Antara kehendak kerohanian dan tarekat

15 April 2009

Read Article: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?


Petikan al-Quran:

Firman Allah: Surah Yunus (10), ayat 36: (maksudnya):
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya zhan (sangkaan) itu, tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”

Surah Al-An’aam (6), ayat 116: (maksudnya):
"Jika engkau turut kebanyakan manusia di bumi nescaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah, mereka tiada mengikut selain persangkaan saja dan mereka tidak lain hanya mengira-ngira saja."

Firman Allah: Al-Maidah (5), ayat 3: (maksudnya):
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu."

Firman Allah:Al-Isra’ (17), ayat 36: (maksudnya):
"Janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada pengetahuan engkau tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan dipertanggungjawabkan."

Firman Allah: An-Nisa’ (4), ayat 65: (maksudnya):
Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikanmu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya,”

Firman Allah: Al-Baqarah (2), ayat 170: (maksudnya):
“Dan apabila dikatakan kepada mereka : Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab : (Tidak) tetapi kami hanya mengikut apa yang kami dapati dari nenek moyang kami. Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk.”

Surah Al-A‘Raaf (7), ayat 179: (maksudnya):
“Dan sesungguhnya telah Kami sediakan untuk neraka beberapa banyak dari kaum jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (kebenaran) dengannya, mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (kebenaran) dengannya. Mereka itu seperti binatang malah mereka lebih sesat, adalah mereka itu orang-orang yang lalai.”

Petikan al-Sunnah:

Sabda Rasulullah saw: (maksudnya):
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak."
(Riwayat Muslim).

Bersabda Rasulullah saw: (maksudnya):
"Awaslah meriwayat hadits daripadaku kecuali yang kamu ketahui kerana barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat duduknya di neraka."
(Riwayat Tirmizi).

Perintah Rasulullah saw: (maksudnya):
“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu.”
(Hadits sahih riwayat Ahmad dan lainnya).

Telah berkata Ibnu Mas’ud: Bahawa sesungguhnya Nabi saw berkata: (maksudnya):
“Hai sekalian manusia! Tidak ada suatupun perkara yang mendekatkan kamu kepada syurga dan menjauhkan kamu dari neraka, melainkan sudah aku perintahkan supaya kamu jalankan dan tidak ada satupun perkara yang mendekatkan kamu kepada neraka dan menjauhkan kamu daripada syurga, melainkan sudah aku larang kamu mendekatinya.”
(Hadits Sahih Riwayat Baghawie).

Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu).
Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat.
Maka beliau bersabda: (maksudnya):
"Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah).

Sabda Rasulullah saw.: (maksudnya):
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”
(Riwayat Ahmad dengan darjat hasan).

Hadis Maudhu' / Hadis Palsu:

Riwayat yang menerangkan darihal Ali r.a yang mengadu kepada Rasulullah saw bahawa gelincir Al-Quran dari dadanya maka Rasulullah saw mengajarkannya untuk bersolat 4 rakaat. Pada rakaat pertama dibacakan Al-Fatihah dan Yaasin. Rakaat kedua dibacakan Al-Fatihah dan Ad-Dukhaan. Rakaat ketiga dibacakan Al-Fatihah dan As-Sajdah. Rakaat keempat dibacakan Al-Fatihah dan Tabaaraka.

Riwayat ini ditakhrijkan oleh Ath-Thabrani, At-Tirmidzi, Al-Hakim. Imam Al-Hakim menilaikannya shahih atas syarat Syaikhain akan tetapi imam Az-Zahabi dalam ta’liqnya ke atas kitab Al-Mustadrak mengatakan hadits ini mungkar syaz, dan imam Az-Zahabi bimbang ianya adalah hadits maudhu’. (Penilaian shahihnya sesuatu hadits oleh Imam Al-Hakim lazim terdapat pertikaian di kalangan ulama hadis lainnya. Pentashihan hadis imam Al-Hakim lazim terdapat permasalahan padanya). Imam Albani juga menilaikannya sebagai maudhu’ dalam Dhaif At-Tirmidzi. Sesungguhnya hadits ini tidak shahih pada matan dan isnadnya.


Read Article: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?
DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2009

Teks ini membincangkan darihal amalan solat sunat Hifzi; Bagaimanakah kedudukannya dalam syariat Islam. Penulisan ini tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak atau membenarkan mana-mana pihak, hanya sekadar satu penulisan untuk sama-sama dikongsi manfaatnya atas dasar berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.

Islam adalah syariat Allah. Telah digariskan dalam Islam perkara-perkara yang diperintah dan dilarang. Dalam urusan beribadah kepada Allah, bagaimana tatacara kaifiyat melakukan sesuatu ibadah, ianya adalah urusan tauqifi. Kaedah usulfiqh menetapkan:

اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ التَّوْقِيْفُ وَالاِتِّبَاعُ
Asal hukum mengenai ibadat ialah menunggu perintah dan mengikut.

Dalam kata lainnya:

اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ الْبُطْلاَنِ حَتَّى يَقُوْمَ دَلِيْلٌ عَلَى الأَمْرِ
Asal hukum mengenai ibadat ialah batil (tidak boleh dikerjakan) sebelum datang dalil yang memerintahkan.

Kedua-dua kaedah di atas sejajar dengan sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak

Iaiatulah barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada contoh pengamalannya daripada Rasulullah saw maka ianya tertolak, amalan tersebut tidak diterima Allah.
Amalan solat Hifzi adalah amalan yang bersandarkan dalil maudhu’ di mana ianya tidak dapat dijadikan sebagai amalan.

bacalah seterusnya.... Koleksi Soal Jawab Agama: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?

11 April 2009

Read Article: Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit

(Peraturan Pena dan Lidah)
(Peringatan buat si Penulis / si Penyampai)

Petikan al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya):

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!" (Surah ?, ayat ?).

Firman Allah: (maksudnya):

"Tiada sebarang perkataan yang dilafazkannya melainkan ada di sisiNya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Surah?, ayat ?).

Arahan Allah: (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah (5), ayat 8).

Firman Allah: (maksudnya) :

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab (Taurat) dengan tangan mereka (mengubah perkataan Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini datang dari sisi Allah”, supaya mereka dapat membelinya dengan harga yang murah (keuntungan dunia yang sedikit). Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu." (Surah al-Baqarah (2), ayat 79).

Firman Allah: (maksudnya):

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah (2), ayat 159-160)

Kata al-Quran: (maksudnya):

“ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya." (Surah al-Nur (24), ayat 15)

Petikan al-Sunnah:

Sabda Nabi s.a.w.: (maksudnya):

“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik 2/163 dan al-Tirmidhi 4/559).

Nabi s.a.w. bersabda: (maksudnya):

“Cukuplah untuk seseorang itu dianggap berdusta dengan dia menceritakan setiap yang dia dengar.” (Riwayat Muslim).

Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: (maksudnya):

“Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Read Article: Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit

by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan ketangkasan pena itu juga tidak dimiliki oleh semua insan. Bahkan ramai yang fasih lidahnya, tidak lancar pula penanya.

Demikian, ramai yang lancar penanya, tidak fasih pula lidahnya. Hanya insan-insan tertentu yang Allah kurniakan kefasihan lidah dan kelancaran pena. Apapun, samada lidah yang fasih, atau pena yang lancar kesemuanya adalah anugerah Allah SWT yang akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

bacalah seterusnya.... Minda Tajdid: Tangan Mencatat di Bumi, Jiwa Mendongak di Langit

04 April 2009

Read Article: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah


Petikan al-Quran:

“Diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji”
(Surah Fussilat (41), ayat 42).

Firman Allah: (maksudnya):

"Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah al-‘Araf (7), ayat 157).

Firman Allah: (maksudnya):

"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran"
(Surah al-Baqarah (2), ayat 185).

Firman Allah: (maksudnya):

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah"
(Surah al-Nisa (4), ayat 28).


Petikan al-Sunnah:

“Akan selalu membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi); mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil”

(Hadith ini hasan. Para ulama berkhilaf pendapat mengenai kedudukan hadith ini. Sebahagian mereka mensahihkan, sebahagian mendhaifkannya. Ibn al-Qayyim dalam Miftah Dar al-Sa‘adah menyatakan hadith ini thabit. Beliau menghimpunkan jalan-jalan periwayatan hadith. Beliau turut menyebut kata-kata al-Imam Ahmad: “Ia hadith sahih” (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa‘adah, m.s 227-229, Saudi: Dar Ibn Hazm). ‘Ali Hasan al-Halabi menilai hadith ini sebagai hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak. (Sadiq Hasan Khan, Al-Hittah fi Dhikr al-Sihah al-Sittah, tahqiq: ‘Ali Hasan al-Halabi, Beirut: Dar al-Khail). Demikian Salim bin ‘Id al-Hilali menyatakan hadith ini hasan. Bahkan beliau menulis buku khas menerangkan kesabitan hadith tersebut (lihat: Salim bin ‘Id al-Hilali, Limadha Akhtartu al-Manhaj al-Salafi, m.s. 63 Saudi: Dar Ibn al-Qayyim (2000).


Read Article: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah
by: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Pada bulan September lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM. Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen.

Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya akidah yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.

bacalah seterusnya.... Minda Tajdid: Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah