15 April 2009
Read Article: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?
Petikan al-Quran:
Firman Allah: Surah Yunus (10), ayat 36: (maksudnya):
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya zhan (sangkaan) itu, tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran.”
Surah Al-An’aam (6), ayat 116: (maksudnya):
"Jika engkau turut kebanyakan manusia di bumi nescaya mereka itu menyesatkan engkau dari jalan Allah, mereka tiada mengikut selain persangkaan saja dan mereka tidak lain hanya mengira-ngira saja."
Firman Allah: Al-Maidah (5), ayat 3: (maksudnya):
"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Kuredhai Islam itu menjadi agama bagimu."
Firman Allah:Al-Isra’ (17), ayat 36: (maksudnya):
"Janganlah engkau turut apa-apa yang tidak ada pengetahuan engkau tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan dipertanggungjawabkan."
Firman Allah: An-Nisa’ (4), ayat 65: (maksudnya):
Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikanmu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya,”
Firman Allah: Al-Baqarah (2), ayat 170: (maksudnya):
“Dan apabila dikatakan kepada mereka : Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah, mereka menjawab : (Tidak) tetapi kami hanya mengikut apa yang kami dapati dari nenek moyang kami. Walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk.”
Surah Al-A‘Raaf (7), ayat 179: (maksudnya):
“Dan sesungguhnya telah Kami sediakan untuk neraka beberapa banyak dari kaum jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat ayat Allah), mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat (kebenaran) dengannya, mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (kebenaran) dengannya. Mereka itu seperti binatang malah mereka lebih sesat, adalah mereka itu orang-orang yang lalai.”
Petikan al-Sunnah:
Sabda Rasulullah saw: (maksudnya):
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak."
(Riwayat Muslim).
Bersabda Rasulullah saw: (maksudnya):
"Awaslah meriwayat hadits daripadaku kecuali yang kamu ketahui kerana barangsiapa berdusta ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat duduknya di neraka."
(Riwayat Tirmizi).
Perintah Rasulullah saw: (maksudnya):
“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan kamu kepada yang tidak meragukan kamu.”
(Hadits sahih riwayat Ahmad dan lainnya).
Telah berkata Ibnu Mas’ud: Bahawa sesungguhnya Nabi saw berkata: (maksudnya):
“Hai sekalian manusia! Tidak ada suatupun perkara yang mendekatkan kamu kepada syurga dan menjauhkan kamu dari neraka, melainkan sudah aku perintahkan supaya kamu jalankan dan tidak ada satupun perkara yang mendekatkan kamu kepada neraka dan menjauhkan kamu daripada syurga, melainkan sudah aku larang kamu mendekatinya.”
(Hadits Sahih Riwayat Baghawie).
Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu).
Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat.
Maka beliau bersabda: (maksudnya):
"Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah).
Sabda Rasulullah saw.: (maksudnya):
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik orang yang melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”
(Riwayat Ahmad dengan darjat hasan).
Hadis Maudhu' / Hadis Palsu:
Riwayat yang menerangkan darihal Ali r.a yang mengadu kepada Rasulullah saw bahawa gelincir Al-Quran dari dadanya maka Rasulullah saw mengajarkannya untuk bersolat 4 rakaat. Pada rakaat pertama dibacakan Al-Fatihah dan Yaasin. Rakaat kedua dibacakan Al-Fatihah dan Ad-Dukhaan. Rakaat ketiga dibacakan Al-Fatihah dan As-Sajdah. Rakaat keempat dibacakan Al-Fatihah dan Tabaaraka.
Riwayat ini ditakhrijkan oleh Ath-Thabrani, At-Tirmidzi, Al-Hakim. Imam Al-Hakim menilaikannya shahih atas syarat Syaikhain akan tetapi imam Az-Zahabi dalam ta’liqnya ke atas kitab Al-Mustadrak mengatakan hadits ini mungkar syaz, dan imam Az-Zahabi bimbang ianya adalah hadits maudhu’. (Penilaian shahihnya sesuatu hadits oleh Imam Al-Hakim lazim terdapat pertikaian di kalangan ulama hadis lainnya. Pentashihan hadis imam Al-Hakim lazim terdapat permasalahan padanya). Imam Albani juga menilaikannya sebagai maudhu’ dalam Dhaif At-Tirmidzi. Sesungguhnya hadits ini tidak shahih pada matan dan isnadnya.
Read Article: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?
DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2009
Teks ini membincangkan darihal amalan solat sunat Hifzi; Bagaimanakah kedudukannya dalam syariat Islam. Penulisan ini tidak bermaksud menyalahkan mana-mana pihak atau membenarkan mana-mana pihak, hanya sekadar satu penulisan untuk sama-sama dikongsi manfaatnya atas dasar berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.
Islam adalah syariat Allah. Telah digariskan dalam Islam perkara-perkara yang diperintah dan dilarang. Dalam urusan beribadah kepada Allah, bagaimana tatacara kaifiyat melakukan sesuatu ibadah, ianya adalah urusan tauqifi. Kaedah usulfiqh menetapkan:
اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ التَّوْقِيْفُ وَالاِتِّبَاعُ
Asal hukum mengenai ibadat ialah menunggu perintah dan mengikut.
Dalam kata lainnya:
اَلأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ الْبُطْلاَنِ حَتَّى يَقُوْمَ دَلِيْلٌ عَلَى الأَمْرِ
Asal hukum mengenai ibadat ialah batil (tidak boleh dikerjakan) sebelum datang dalil yang memerintahkan.
Kedua-dua kaedah di atas sejajar dengan sabda Rasulullah saw: Riwayat Muslim
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada perintah kami padanya maka ianya tertolak
Iaiatulah barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tiada contoh pengamalannya daripada Rasulullah saw maka ianya tertolak, amalan tersebut tidak diterima Allah.
Amalan solat Hifzi adalah amalan yang bersandarkan dalil maudhu’ di mana ianya tidak dapat dijadikan sebagai amalan.
bacalah seterusnya.... Koleksi Soal Jawab Agama: Solat Sunat Kuatkan Hafalan al-Quran. Wujudkah?
labels:
bid'ah,
hadis maudhu' / hadis palsu,
ibadah,
mohd masri,
solat,
solat sunat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment