26 June 2009

Read Article: Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya


Petikan al-Quran:

Firman Allah: (maksudnya):

Mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka.
(Surah al-‘Araf (7), ayat 157).

Firman Allah lagi: (maksudnya):

Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah (2), ayat 185).

Firman Allah juga: (maksudnya):

Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
(Surah al-Nisaa’ (4), ayat 28).


Petikan al-Sunnah:

Arahan baginda s.a.w. Sabda baginda: (maksudnya):

Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka.
(Riwayat al-Bukhari).

Baginda bersabda: (maksudnya):

Wahai manusia! sesungguhnya di kalangan kamu ada yang menyebabkan orang lari. Sesiapa di kalangan kamu yang bersolat (menjadi imam) untuk orang ramai, maka ringkaskanlah, kerana di kalangan mereka ada yang tua, lemah dan yang mempunyai urusan.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Read Article: Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya
by: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

AMAT memeritkan perasaan apabila melihat sesetengah pihak menyebut: “Nak faham Islam ini susah, kami tidak cukup masa, ada macam-macam kena buat masa muda ini. Tunggulah kami dah tua.”

Ungkapan ini lahir dari salah tanggapan mereka bahawa Islam adalah agama yang sukar difahami dan sukar untuk diamalkan.

Ini berpunca dari cara pengajarannya yang susah dan isi yang dipayah-payahkan oleh sesetengah pihak. Dengan kita akur untuk menjadi pakar ilmu-ilmu Islam memanglah tidak mudah, bahkan menjadi pakar apa-apa ilmu pun tidak mudah. Namun memahami dan mengamalkan Islam secara umumnya adalah mudah dan mampu dicapai oleh setiap lapisan manusia. Jika tidak bagaimana mungkin Islam menjadi agama sejagat yang diutuskan untuk setiap insan tanpa mengira latar kehidupan dan pendidikan.

bacalah seterusnya.... Minda Tajdid: Mudahkan Pendekatan Islam, Jangan Eksklusifkannya

16 June 2009

Read Article: Zikir Jahr vs Zikir Sirr.


Petikan al-Quran:

Firman Allah yang bermaksud:

Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ (4), ayat 59]


Firman Allah: (maksudnya):

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara (jahr), pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al-A’raaf (7), ayat 205]


Ayat 110 Aurah al-Isra’ (17) yang bermaksud:

Dan janganlah engkau nyaringkan (jahr) bacaan doa atau solatmu juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Petikan al-Sunnah:

Hadis Ibn ‘Abbas r.a. bahawa dia dapat mengetahui selesainya solat dengan kedengaran suara zikir dan takbir sebagai dalil dibolehkan zikir secara jahr. Hadis tersebut memang sahih, tetapi tidak boleh memisahkannya dari keumuman firman Allah:

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara (jahr), pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al-A’raaf (7), ayat 205]

Gandingan antara hadis Ibn ‘Abbas dan ayat 205 surah al-A’raaf menunjukkan bahawa hukum asal bagi zikir ialah dengan suara yang perlahan (sirr). Ada pun hadis Ibn ‘Abbas, sebagaimana jelas jumhur ilmuan, ia hanyalah dalam rangka mengajar makmum bacaan zikir. Apabila makmum sudah pandai dengan bacaan zikir, maka ia dibaca secara sirr.


Imam Ahmad mengeluarkan sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arna‘uth (Musnad Ahmad, hadis no: 19022) bahawa: al-Bayaadhiyyi r.a. berkata:

Nabi s.a.w. pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Qur’an. Melihat yang sedemikian, baginda bersabda: (maksudnya):

"Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya (jahr) mengatasi yang lain dalam membaca al-Qur’an".


Read Article: Zikir Jahr vs Zikir Sirr.
by: Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Antara sebab saya gemar membaca Majalah i ialah sikap keterbukaan sidang pengarangnya untuk menyiarkan artikel-artikel yang saling mengkritik secara positif lagi ilmiah antara satu sama lain. Contoh terkini ialah artikel dari akhi Mohd Fitri Asmuni berjudul Pandangan Terhadap Artikel ‘Sanggahan Terhadap Zikir Beramai-Ramai Tak Salah’ (edisi Julai 2007, ms. 75). Artikel tersebut mengkritik artikel Dr. Ahmad Farouk Musa berjudul Sanggahan Terhadap "Berzikir Beramai-Ramai Tak Salah" (edisi Feb 2007, ms. 75). Tak silap saya artikel Dr. Ahmad Farouk itu pula asalnya mengkritik sebuah artikel lain sebelumnya.

Yang saya maksudkan "secara positif" ialah kritikan yang bersikap beradab lagi membina. Manakala yang saya maksudkan secara ilmiah ialah kritikan yang dipenuhi dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah serta hujah para ilmuan. Lawan dari dua sikap ini ialah kritikan yang kasar, biadap lagi emosi. Dalam tulisan ini, saya akan mengkritik semula penulisan akhi Mohd Fitri. Saya akan cuba sedaya upaya mengikuti manhaj beliau yang positif lagi ilmiah.

bacalah seterusnya.... HafizFirdaus.com: Zikir Jahr vs Sirr.

05 June 2009

Read Article: Awas Syi’ah Mengancam Kita!


Petikan Al-Quran:

Firman Allah:

لَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ

“Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka.” (Qs Muhammad: 30)


Petikan Al-Sunnah:

Sabda Rasulullah:

“خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي”

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku.”
(HR. Bukhari no 3451 dan Muslim no 2533).



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dalam sebuah hadits:

“عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المهديين مِنْ بَعْدِي”.

“Kalian wajib berpegang teguh pada Sunnahku dan Sunnahnya Khulafa’ur Rasyidin yang telah mendapat hidayah sepeninggalku.”
(HR. Tirmidzi no 2676, Ibnu Majah no 42 dan Ahmad no 17184).


Read Article: Awas Syi’ah Mengancam Kita!
Sumber: http://www.albrhan.com/
Pennerjemah: Ustadz Abu Hudzaifah Al-Atsary


Mayoritas kaum muslimin menilai bahwa menentukan sikap terhadap Syi’ah adalah sesuatu yang sulit dan membingungkan. Kesulitan ini terpulang kepada banyak hal. Di antaranya karena kurangnya informasi tentang Syi’ah. Syi’ah menurut mayoritas kaum muslimin adalah eksistensi yang tidak jelas. Tidak diketahui apa hakikatnya, bagaimana ia berkembang, tidak melihat bagaimana masa lalunya, dan tidak dapat diprediksi bagaimana di kemudian hari. Berangkat dari sini, sangat banyak di antara kaum muslimin yang meyakini Syi’ah tak lain hanyalah salah satu mazhab Islam, seperti mazhab Syafi’i, Maliki dan sejenisnya.

Ia tidak memandang bahwa perbedaan antara Sunnah dan Syi’ah bukan pada masalah furu’ (parsial) saja, akan tetapi banyak juga menyinggung masalah ushul (fundamental).

bacalah seterusnya... muslim.or.id: Awas Syi’ah Mengancam Kita!