16 June 2009

Read Article: Zikir Jahr vs Zikir Sirr.


Petikan al-Quran:

Firman Allah yang bermaksud:

Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [al-Nisa’ (4), ayat 59]


Firman Allah: (maksudnya):

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara (jahr), pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al-A’raaf (7), ayat 205]


Ayat 110 Aurah al-Isra’ (17) yang bermaksud:

Dan janganlah engkau nyaringkan (jahr) bacaan doa atau solatmu juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


Petikan al-Sunnah:

Hadis Ibn ‘Abbas r.a. bahawa dia dapat mengetahui selesainya solat dengan kedengaran suara zikir dan takbir sebagai dalil dibolehkan zikir secara jahr. Hadis tersebut memang sahih, tetapi tidak boleh memisahkannya dari keumuman firman Allah:

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut dan dengan tidak pula menyaringkan suara (jahr), pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [al-A’raaf (7), ayat 205]

Gandingan antara hadis Ibn ‘Abbas dan ayat 205 surah al-A’raaf menunjukkan bahawa hukum asal bagi zikir ialah dengan suara yang perlahan (sirr). Ada pun hadis Ibn ‘Abbas, sebagaimana jelas jumhur ilmuan, ia hanyalah dalam rangka mengajar makmum bacaan zikir. Apabila makmum sudah pandai dengan bacaan zikir, maka ia dibaca secara sirr.


Imam Ahmad mengeluarkan sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh Syu‘aib al-Arna‘uth (Musnad Ahmad, hadis no: 19022) bahawa: al-Bayaadhiyyi r.a. berkata:

Nabi s.a.w. pada suatu ketika keluar kepada orang ramai. Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Qur’an. Melihat yang sedemikian, baginda bersabda: (maksudnya):

"Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya (jahr) mengatasi yang lain dalam membaca al-Qur’an".


Read Article: Zikir Jahr vs Zikir Sirr.
by: Kapten Hafiz Firdaus Abdullah

Antara sebab saya gemar membaca Majalah i ialah sikap keterbukaan sidang pengarangnya untuk menyiarkan artikel-artikel yang saling mengkritik secara positif lagi ilmiah antara satu sama lain. Contoh terkini ialah artikel dari akhi Mohd Fitri Asmuni berjudul Pandangan Terhadap Artikel ‘Sanggahan Terhadap Zikir Beramai-Ramai Tak Salah’ (edisi Julai 2007, ms. 75). Artikel tersebut mengkritik artikel Dr. Ahmad Farouk Musa berjudul Sanggahan Terhadap "Berzikir Beramai-Ramai Tak Salah" (edisi Feb 2007, ms. 75). Tak silap saya artikel Dr. Ahmad Farouk itu pula asalnya mengkritik sebuah artikel lain sebelumnya.

Yang saya maksudkan "secara positif" ialah kritikan yang bersikap beradab lagi membina. Manakala yang saya maksudkan secara ilmiah ialah kritikan yang dipenuhi dengan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah serta hujah para ilmuan. Lawan dari dua sikap ini ialah kritikan yang kasar, biadap lagi emosi. Dalam tulisan ini, saya akan mengkritik semula penulisan akhi Mohd Fitri. Saya akan cuba sedaya upaya mengikuti manhaj beliau yang positif lagi ilmiah.

bacalah seterusnya.... HafizFirdaus.com: Zikir Jahr vs Sirr.

No comments: